fbpx

Xavi tetap bangga biarpun Barca kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTAHANAN Barcelona, Ronald Araujo (kanan) menjatuhkan Vinicius dalam aksi separuh akhir Piala Super Sepanyol awal pagi semalam. – AFP

RIYADH – Pengendali Barcelona, Xavi menegaskan pasukannya tetap berada pada landasan tepat meskipun tewas 2-3 kepada Real Madrid pada aksi separuh akhir Piala Super Sepanyol di Stadium King Fahd, Riyadh, Arab Saudi awal pagi semalam.

Xavi, 41, berpendapat anak-anak buahnya telah menunjuk­kan peningkatan yang amat ke­tara walaupun sekali lagi gagal menewaskan musuh tradisi itu dalam lima pertembungan ‘El Clasico’ berturut-turut sejak Oktober 2020.

“Kami adalah pasukan yang lebih baik berbanding Real dari segi corak permainan dan dominasi perlawanan. Kami mengambil risiko dalam banyak situasi dan ia membuahkan hasil.

“Malangnya, kami tewas juga dalam perlawanan ini. Namun, saya percaya tiada sesiapa yang akan mempersoalkan persembahan Barcelona hari ini (awal pagi semalam).

“Bagi saya, pemain patut berbangga kerana kami akhirnya mampu bersaing dengan Real. Saya percaya ini adalah titik kebangkitan Barcelona,” katanya.

Sementara itu, tonggak pertahanan The Catalans, Gerard Pique turut senada dengan pan­dangan Xavi dan percaya persembahan ditampilkan dia dan rakan sepasukannya memberikan gambaran kebangkitan mereka selepas ini.

“Benar kami kalah kepada Real tetapi kami sebenarnya hampir-hampir untuk meme­nangi perlawanan ini. Saya berbangga kerana inilah per­sembahan yang kami cari selama ini,” jelasnya.

Barcelona selepas ini akan me­ngalihkan fokus mereka apabila menentang Athletic Bilbao untuk aksi pusingan keempat Piala Raja Sepanyol pada 20 Janua­ri nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN