fbpx

VAR ‘rosakkan’ peluang Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (kiri) kecewa selepas jaringannya dibatalkan oleh pengadil dan VAR ketika tewas 0-1 kepada Chelsea awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Sekalipun gagal merealisasikan misi ke final Piala Liga Inggeris (EFL), pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte tetap memberikan kredit kepada pemainnya yang berjaya menyer­lahkan kemampuan sebenar pa­sukan.

Spurs terpaksa berputih mata dengan kekalahan agregat 0-3 kepada Chelsea selepas tewas 0-1 hasil jaringan tunggal Antonio Rudiger pada separuh akhir kedua di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Conte merasakan keputusan itu tidak sei­ring dengan prestasi yang mereka tampilkan di atas padang apabila anak-anak buahnya beraksi jauh lebih baik menerusi 15 percubaan ke gawang Chelsea.

Skrip perlawanan juga pasti­nya berbeza jika Video Bantuan Pengadil (VAR) tidak menjadi ‘pengacau’ selepas ia menafikan dua sepakan penalti yang sepatutnya diraih Spurs selain membatalkan jaringan Harry Kane atas alasan ofsaid.

“Chelsea memang berhak untuk ke final. Namun, saya fikir pada perlawanan ini, kami sebenarnya berhak untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik.

“Kami mencipta banyak peluang dan pemain juga beraksi dengan intensiti serta menunjukkan kemahuan tinggi supaya kami tidak kalah. Saya tidak suka gunakan perkataan ini tetapi kami tak bernasib baik apabila dua penalti dinafikan dan pembatalan gol oleh VAR.

“Kami kekal mencuba untuk mencipta peluang menjaringkan gol tetapi akhirnya kami terpaksa menerima hakikat bahawa Chelsea lebih berhak ke final,” kata Conte. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI