fbpx

Trend banjir di Johor semakin pulih, hanya 309 mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai dan anggota bomba membantu membersihkan rumah salah sebuah keluarga di Kampung Pogoh, Segamat yang dinaiki air banjir.

JOHOR BAHRU – Selepas dua minggu dilanda banjir, situasi banjir di negeri ini semakin pulih apabila hanya tinggal seramai 309 mangsa daripada 89 buah keluarga yang masih belum dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing setakat pukul 8 pagi, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, kesemua mereka ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka pagi ini.

Menurutnya, daerah yang masih merekodkan mangsa banjir adalah Muar, Segamat dan Tangkak.

“Setakat pukul 8 pagi ini, Segamat merekodkan seramai 175 mangsa di tujuh PPS, manakala Muar seramai 122 mangsa di satu PPS dan Tangkak seramai 12 mangsa di satu PPS.

“Jumlah itu adalah penurunan ketara berbanding seramai 504 mangsa banjir yang direkodkan pada pukul 8 malam, semalam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Vidyananthan, keadaan banjir dijangka terus menunjukkan trend pemulihan apabila ramalan kaji cuaca hari ini menunjukkan cuaca cerah di seluruh Johor sehingga tengah hari.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI