fbpx

Suami 24 tahun isteri 61 tahun inginkan zuriat sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASANGAN itu mendapat pelbagai kecaman di media sosial setelah berkahwin pada September 2021. - headtopic

WASHINGTON – Sepasang suami isteri dengan jarak usia 37 tahun dari bandar Rome di negeri Georgia membalas kecaman netizen kerana mereka ingin mempunyai anak sendiri, lapor akhbar The Sun semalam.

Quran McCain, 24, pertama kali bertemu isterinya, Cheryl McGregor, 61, ketika dia baru berusia 15 tahun. 

Pasangan itu terputus hubungan seketika tetapi bertemu semula pada 4 November 2020 ketika penjaga Quran melihat Cheryl bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai serbaneka. 

Perkahwinan mereka yang berlangsung semasa musim luruh pada September 2021 mendapat pelbagai kecaman di media sosial selepas kisah cinta mereka menjadi tajuk berita.

“Cheryl berusia 61 tahun dan sudah mempunyai tujuh anak serta 17 cucu tetapi kami rasa berhak untuk mempunyai  anak sendiri.

“Kami cuba mendapatkan anak sendiri , namun disebabkan faktor usia, mendapatkan ibu tumpang atau anak angkat adalah pilihan yang lebih baik,’’ kata Quran.

Menurut Quran, mereka sedang merancang untuk mengambil anak angkat berdarah kacukan daripada dua bangsa berlainan supaya dianggap sebagai ibu bapa sebenar.

“Kedua-dua anak perempuan Cheryl menjalani pembedahan membuang rahim beberapa tahun lalu.

“Jika tidak, mereka menjadi pilihan terbaik bagi kami untuk mendapatkan anak sendiri,’’ jelas Quran. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI