fbpx

Sorok rokok bersama bedak, bawang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai PPM Pelabuhan menunjukkan rokok yang dirampas dalam kontena pada tahun lalu.

KLANG – Sorok rokok seludup bersama bedak dan bawang antara modus operandi digunakan sindiket penyeludupan dan pengedaran rokok tidak bercukai pada tahun lalu.

Perkara itu dikesan hasil rampasan Pasukan Polis Marin (PPM) terhadap beberapa kontena di Taman Klang Jaya di sini dengan rokok-rokok seludup itu dicampur atau diletakkan di bahagian tengah bagi mengaburi pihak berkuasa.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Hazri Zakaria berkata, kontena tersebut dibawa menggunakan lori di kalangan ahli sindiket untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

Katanya, kemungkinan kontena itu dibawa masuk menerusi pelabuhan yang besar di daerah ini dengan mengikrarnya kepada barangan lain.

“Ada kontena yang dirampas didapati sindiket meletakkan atau mencampurkan rokok seludup pelbagai jenama dengan bedak, bawang, gandum dan beg atau pakaian terpakai.

“Modus operandi sindiket ini sentiasa berevolusi memandangkan permintaan terhadap rokok seludup sentiasa tinggi,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Beliau memberitahu, terdapat juga operasi sindiket ini mengambil atau memunggah rokok menggunakan bot pancung dari kapal-kapal besar di tengah laut.

Bot tersebut kemudiannya mendarat di mana-mana pesisir pantai sebelum diteruskan pengedaran menggunakan kenderaan mewah seperti Toyota Vellfire dan Estima.

“Tonto air atau dikenali sapu air digunakan yang menyamar sebagai nelayan atau pemancing bagi memerhatikan pergerakan pihak berkuasa.

“Biasanya sindiket didalangi orang tempatan susulan memerlukan modal yang tinggi bagi pengoperasian pengedaran mereka,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI