fbpx

Saya isteri yang tidak pernah dimanjakan – Aishah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AISHAH

“Seumur hidup saya isteri yang membeli beras”.

Itu antara kata-kata yang ditulis oleh penyanyi Aishah ketika mendapat hadiah hari jadi daripada anak lelakinya baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Aishah, 57, juga memberitahu, dia tidak pernah merasai kehidupan sebagai seorang isteri dimanjakan dengan hadiah meskipun sudah empat kali mendirikan rumah tangga.

“Saya tidak pernah merasai hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah. Sepanjang hidup sayalah isteri yang membeli beras,” luahnya dalam hantaran tersebut.

Sambil berkongsi gambar hadiah berupa gelang tangan perak yang dihadiahkan oleh anaknya, pelantun lagu Janji Manismu itu bagaimanapun bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang memahami dirinya.

“Allah SWT beri anak-anak yang cekal. Hadiah hari jadi daripada Armand. Buat mata mak dia masuk habuk (menangis).

“Tiga tahun lepas ada kelab peminat hadiahkan gelang warna emas ros (rose gold). Kali ini dapat warna perak. Syukur,” katanya.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata peminatnya turut berkongsi rasa gembira dengan hadiah yang diperolehi Aishah dan mendoakan supaya penyanyi itu sentiasa kuat dan tabah.

Malah, ada juga netizen berpendapat hidup tanpa suami adalah lebih baik dan tenang berbanding hidup bersama lelaki yang menyusahkan.

“Anda wanita yang kuat dan hebat. Maka Allah SWT duga ikut kemampuan kita. Semoga pelangi tiba. Terus kuat, cantik dan sihat,” ujar seorang peminatnya.

“Sebab itu saya malas nak berlaki lagi (berkahwin). Ada suami menyusahkan saya. Membazir, lebih baik saya solo. Aman damai. Dah merasa (ada suami), cukuplah. Tak ada suami tidak mengapa, jangan tak ada duit,” kata seorang lagi peminatnya.

Sekadar info, Aishah mendedahkan bahawa perkahwinan keempat yang dibinanya sejak lima tahun lalu kini di ambang perceraian selepas mendakwa sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya sejak beberapa bulan lalu.

Aishah bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci tentang punca pergolakan hubungan dengan suami yang dikahwininya pada 2017 itu.

Pada 2017, Aishah memaklumkan dia sudah kembali berumahtangga selepas enam tahun bercerai dengan suami ketiganya, Faizal Sazali Zulkifli yang dikahwininya pada 2010.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinan keempatnya itu.
Menerusi perkahwinan pertama, penyanyi itu dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Armand Azhari, 28, sementara Azhad Ahlami, 23, hasil perkahwinan kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI