fbpx

Prosiding dalam talian kekal – Ketua Hakim Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Maimun (kiri) ketika sidang akhbar selepas Pembukaan Tahun Undang-Undang 2022 di Istana Kehakiman sini hari ini.

PUTRAJAYA – Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata prosiding secara dalam talian kekal dan tidak timbul persoalan untuk mahkamah kembali kepada cara lama (fizikal).

Beliau memberitahu, dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang badan kehakiman akan sentiasa menggunakannya selaras dengan perkembangan semasa.

“Kemunculan perbicaraan dalam talian bukan hanya satu cara untuk menangani pandemik tetapi ciri ia adalah kekal sistem keadilan kita.

“Oleh itu, tiada persoalan ‘berbalik’ (kaedah lama fizikal),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pembukaan Tahun Undang-Undang 2022 di Istana Kehakiman sini hari ini.

Hadir sama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Seramai 430 jemputan hadir dalam majlis ini iaitu 80 secara fizikal manakala selebihnya secara dalam talian.

Antara yang hadir menerusi aplikasi Zoom ialah Ketua Mahkamah Agung Republik Indonesia; Profesor Dr.Muhammad Syarifuddin; Ketua Hakim Negara Mahkamah Agung Filipina, Alexander G Gesmundo dan Ketua Hakim Syarie Malaysia, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Sementara itu dalam ucapannya, apabila wabak itu mula-mula melanda pada Mac 2020, mahkamah terpaksa meneruskan kes dalam talian untuk mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak, tertakluk kepada kepentingan keadilan kerana tidak ada undang-undang yang jelas menetapkan bahawa pendengaran atau perbicaraan dalam talian dibenarkan di mahkamah.

Beliau berkata, kini Parlimen secara afirmatif campur tangan untuk membenarkan perbicaraan secara dalam talian tanpa mengira persetujuan, namun masih tertakluk kepada kepentingan keadilan.

“Perubahan penting dalam undang-undang yang membenarkan prosiding dalam talian dibuat melalui Seksyen 15A Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang menyatakan bahawa mahkamah boleh menjalankan kes sivil dan jenayah melalui teknologi komunikasi jarak jauh,” kata beliau lagi.

Sementara dalam isu lain, Tengku Maimun turut berkata bilangan pendaftaran kes rasuah dilaporkan antara 2017 dan 2021 tidak konsisten apabila ada tahun merekodkan jumlah kes yang banyak.

Menurut beliau, memandangkan rasuah penyakit dalam masyarakat, jadi ia adalah penting untuk dipantau dengan teliti kerana ia menjadi kayu pengukur imej negara di peringkat domestik dan antarabangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI