fbpx

Mati lokap: 2 anggota polis, 2 OKT ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZRI

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua anggota polis dan dua orang kena tuduh (OKT) sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang OKT di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, semalam.

Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), JIPS telah memulakan siasatan pada hari sama kejadian berlaku.

“Kesemua mereka telah ditahan reman oleh Majistret Mahkamah Taiping selama tujuh hari mulai hari ini hingga 20 Januari ini bagi membantu siasatan.

“Proses reman ini dilakukan bagi membolehkan kita menjalankan siasatan lanjut berkenaan kejadian itu,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Terdahulu, seorang OKT lelaki berusia 63 tahun dilaporkan meninggal dunia di lokap IPD Taiping, Perak kira-kira pukul 11 pagi, semalam.

OKT itu merupakan tahanan tumpang dari Penjara Taiping yang dituduh pada 18 April tahun lalu mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK). – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI