fbpx

Malaysia sasar nilai eksport koko RM14 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida berucap pada Majlis Pelancaran Iklan Video Komersial dan Promosi Koko di Hotel Pulse Grande, Putrajaya hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyasarkan nilai eksport koko kira-kira RM14 bilion untuk tahun ini sekali gus mencecah dua kali ganda nilai yang dicapai berbanding pada tahun lalu.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya yakin sasaran tersebut dapat dicapai dengan disokong pasaran besar untuk komoditi tersebut di peringkat antarabangsa.

Katanya, berdasarkan perbandingan, negara mencapai nilai eksport koko kira-kira RM7 bilion pada 2021 dan angka tersebut meningkat 10 peratus daripada tahun sebelumnya.

“Kualiti produk dikeluarkan sangat bermutu tinggi dari segi coklatnya dan bahan-bahan lain malah koko juga baik untuk kesihatan. Potensi pasaran itu ada cuma pemasaran kita harus lebih agresif.

“Selalunya koko dikaitkan dengan coklat dan minuman coklat tetapi ia juga boleh menghasilkan produk makanan dan bukan makanan termasuk barangan kosmetik,” katanya pada sidang akhbar Pelancaran Iklan Video Komersial dan Promosi Koko di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, dianggarkan penggunaan produk koko global kira-kira AS$120 bilion, sekali gus ia potensi besar kepada Malaysia untuk mempelopori atau meningkatkan lagi pengeluaran seterusnya dieksport ke luar negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI