fbpx

Lima penyu ditemui mati di pesisir pantai Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk sedih melihat bangkai seekor penyu agar yang mati dipercayai akibat terperangkap di dalam pukat tunda di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Tiga ekor bangkai penyu agar ditemukan di pantai berasingan di tiga daerah dalam tempoh kurang 30 jam bermula semalam.

Bangkai penyu agar itu ditemui di Pantai Batu Burok di sini, Pantai Seberang Takir, Kuala Nerus hari ini dan Pantai Pulau Kerengga, Marang semalam.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, kematian dua penyu di Pantai Batu Burok dan Pantai Seberang Takir dipercayai akibat lemas disebabkan terperangkap di dalam pukat tunda.

Beliau berkata, anak penyu yang mati di Pantai Pulau Kerengga semalam pula dipercayai akibat termakan plastik.

“Tahun ini yang baru memasuki 14 hari sudah menyaksikan lima ekor penyu ditemui mati di sekitar pesisir pantai Terengganu.

“Selain tiga bangkai penyu yang ditemui semalam dan hari ini, kita turut menjumpai penyu agar pertama di Pantai Penunjuk, Kemaman pada 3 Januari lalu diikuti seekor lagi daripada spesies sama di Pelabuhan Chendering di sini pada Rabu lalu,” katanya ketika ditemui di Pantai Batu Burok di sini hari ini.

Ruzaidi menegaskan pengusaha bot pukat tunda diwajibkan untuk memasang peranti penyisih penyu pada peralatan mereka.

Dalam pada itu, Ruzaidi berkata, sebanyak 51 ekor penyu yang kebanyakan merupakan spesies agar ditemui mati terdampar di pantai Terengganu sepanjang tahun lalu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI