AUCKLAND, NEW ZEALAND – Seorang lelaki berdepan saat cemas apabila rasa tidak selesa dalam telinga berpunca dari seekor lipas yang bersembunyi di situ, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.
Zane Wedding mula berasa ada sesuatu bergerak dalam telinganya selepas pulang dari aktivit berenang, baru-baru ini.
Pada mulanya, dia hanya diberikan ubat antibiotik kerana doktor menyangka ia merupakan jangkitan kuman.
Bagaimanapun, Wedding tidak berpuas hati dengan rawatan itu kerana dia masih berasa tidak selesa, pekak sebelah telinga dan tidak boleh tidur selama dua malam.
Akhirnya Wedding mengambil keputusan untuk pergi ke sebuah klinik pakar telinga, hidung dan dengan penemuan mengejutkan berlaku di situ.
“Doktor di situ menjerit apabila memeriksa telinga saya. Dia ada serangga di dalamnya.
“Doktor berjaya menarik seekor lipas keluar yang sudah terputus dua dari dalam telinga saya,” ujarnya.
Tambah Wedding, dia sangat lega bahawa lipas adalah punca telinganya tidak selesa kerana sebelum itu, doktor memberi bayangan dia mungkin mempunyai ketumbuhan. – Agensi