fbpx

Kondominium di Puchong jadi stor simpan dadah terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara dadah yang dirampas ketika serbuan di dua lokasi berasingan pada Selasa lalu.

KUALA LUMPUR – Taktik sindiket dadah menjadikan sebuah kondominium di Puchong, Selangor sebagai stor penyimpanan dadah terbongkar dengan penahanan tiga individu di dua lokasi berasingan, Selasa lalu.

Ketiga-tiga lelaki warga tempatan yang berumur lingkungan 26 hingga 45 tahun itu diberkas bersama dadah yang dianggarkan bernilai RM1.51 juta.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Superintendan Mohd. Shokri Abdullah berkata, kesemua suspek yang merupakan rakan yang bekerjasama dalam sindiket berkenaan ditahan menerusi Op Hurricane bermula pukul 8.40 malam.

“Ketiga-tiga suspek ditahan di kawasan tempat letak kereta di sebuah pasar raya, Jalan Klang Lama dan di kondominium yang terletak di kawasan Puchong, Selangor pada hari yang sama.

“Hasil pemeriksaan dalam dua serbuan berasingan itu juga telah merampas dadah jenis ketamin, heroin dan ekstasi beserta wang tunai berjumlah RM 2,280,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati sindiket terbabit baru beroperasi sebulan yang lalu dengan menjadikan unit kondominum berkenaan sebagai tempat penyimpanan dadah.

“Kita dapati unit kondominium itu lengkap dengan kawalan keselamatan yang ketat dan disewa dengan kadar sewaan sebanyak RM1,700 sebulan,” katanya.

Jelas beliau, hasil siasatan mendapati dadah tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan khususnya pelanggan di sekitar Lembah Klang dan ia mampu menampung 57,056 orang pengguna. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI