fbpx

KL Thunder mahu bangkit lepas geram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain KL Thunder mendengar arahan jurulatih sewaktu aksi Piala Sumbangsih menentang Bomba Fighters di Stadium Titiwangsa minggu lalu - SHIDDIEQIIN ZON

KEKALAHAN mengejut kepada ATM Guardians pada aksi kedua Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 minggu lalu nyata memberi tamparan hebat buat Kuala Lumpur (KL) Thunder dalam usaha mempertahankan kejuaraan.

Menjelang perlawanan menentang Penang Black Panthers di Stadium Titiwangsa malam ini, KL Thunder pastinya mahu menjadikan pasukan dari Utara itu sebagai mangsa melepaskan geram.

Ketua jurulatih KL Thunder, Mohd. Rashidi Nordin menjelaskan, pihaknya sudah mela­kukan post mortem terhadap kekalahan sebelum ini selain mengakui semua pemain me­nunjukkan kesungguhan yang tinggi dalam sesi latihan.

“Selepas kekalahan kepada ATM, kami sudah buat post mortem serta senaraikan beberapa kelemahan yang dikesan. Bagi aksi menentang Penang Black Panthers esok (hari ini), kita akan baiki kelemahan itu.

“Kami masih ada dua sesi latihan iaitu malam ini (semalam) dan pagi esok (hari ini) sebelum membuat keputusan mengenai senarai pemain yang akan diturunkan. Gambaran awal mungkin tidak banyak perubahan akan dilakukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

APIT kanan KL Thunder, Mohamad Azlan Alias (kanan) membuat libasan ketika menentang ATM Guardians pada aksi kedua STL di Stadium Titiwangsa minggu lalu. – SHIDDIEQIIN ZON

KL Thunder memulakan saingan dengan langkah kanan apabila menang 21-7, 21-14 ke atas Bomba Fighters sebelum akur dengan kekalahan 14-21, 11-21 kepada ATM Guardians.

Pada masa sama, Rashidi percaya kekalahan kepada ATM Guardians hadir pada waktu tepat kerana mereka boleh memperbaiki kelemahan bagi mengharungi baki perlawanan musim ini.

“Apabila diberi kejutan awal, bagi saya ia bagus kerana membuatkan kami lebih fokus dalam latihan. Saya juga dapat lihat setiap pemain mula tunjukkan peningkatan selepas kekalahan itu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI