fbpx

Kejayaan dramatik Real ke pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA (tiga dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika membantu Real menewaskan Barcelona 3-2 di Riyadh awal pagi semalam. – AFP

RIYADH – Real Madrid mengesahkan kemaraan ke pentas final Piala Super Sepanyol selepas menewaskan musuh tradisi Barcelona, 3-2 pada aksi separuh akhir di Stadium King Fahd, Riyadh, Arab Saudi awal pagi semalam.

Ia adalah kemenangan ‘El Clasico’ pertama Los Blancos ke atas Barcelona dalam kalendar tahun ini dan kejayaan kelima berturut-turut ke atas seteru tradisi tersebut sejak Oktober 2020.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Real, Carlo Ancelotti enggan anak-anak buahnya terus dibuai dengan kejayaan, sebaliknya menuntut agar memberi fokus kepada aksi final menentang Atletico Madrid atau Athletic Bilbao pada Ahad ini.

“Saya perlu memuji Barcelona yang beraksi agak bagus dalam perlawanan ini. Cumanya, kami masih berjaya mendominasi bola dan melakukan banyak serangan balas yang berkesan.

“Walaupun kejohanan ini tidaklah begitu penting tetapi sekurang-kurangnya ia memberi makna yang besar buat kami dengan kemenangan ke atas Barcelona dalam aksi ini.

“Saya akui pemain nampak kepenatan dalam perlawanan ini tetapi kami gembira kerana berjaya melepasi halangan Barcelona untuk me­langkah ke pentas final,” kata Ancelotti.

Real menjaringkan gol pertama menerusi Vinicius Junior pada minit ke-25, namun Barcelona bangkit mengikat kedudukan melalui Luuk de Jong pada minit ke-41.

Karim Benzema meletakkan Real kembali mendahului pada minit ke-72 sebelum The Catalans sekali lagi bangkit menya­makan kedudukan menerusi Ansu Fati pada minit ke-83.

Kemenangan sah menjadi milik Real selepas pemain tengah Uruguay, Federico Valverde meledak gol ketiga sekali gus muncul jaringan kemenangan pada minit ke-98. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN