fbpx

Jabatan Perikanan sedia bantu penternak ikan sangkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menunjukkan kolam ikannya yang pecah di Felda Bukit Rokan, Tampin selepas kejadian banjir kilat berlaku baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Jabatan Perikanan Malaysia sedia menghulurkan bantuan kepada para penternak ikan sangkar yang mengalami kerugian teruk susulan bencana banjir besar yang melanda beberapa buah negeri baru-baru ini.

Sehubungan itu, agensi berkenaan merayu kepada penternak ikan sangkar terlibat agar segera membuat laporan dengan menghantar permohonan terus kepada pejabat perikanan daerah atau negeri.

“Pengusaha terbabit perlu menyertakan bukti kerugian ternakan mereka termasuk sokongan berbentuk gambar atau video berkaitan,” katanya menerusi hantaran dalam laman sosialnya.

Jabatan itu turut memuat naik pautan laporan berita semalam mengenai kisah seorang penternak di Temerloh, Pahang yang kehilangan lebih 10,000 ekor ikan patin dalam sangkar susulan lapan daripada 70 sangkarnya hilang dibawa arus, manakala sembilan lagi rosak dengan kerugiaan mencecah RM100,000.

Jelasnya, mereka yang terlibat cuma perlu menyediakan salinan kad pengenalan dan senarai pengusahanya selain laporan polis juga perlu dilampirkan dengan setiap satu laporan tersebut melibatkan satu kawasan terjejas, di samping anggaran kos kerugian.

Tidak ketinggalan, laporan siasatan oleh jawatankuasa teknikal dan perakuan permohonan bantuan dengan perlu disahkan oleh Pengarah Perikanan Negeri yang berkenaan.

Borang permohonan yang sudah lengkap diisi selain pelbagai dokumen lain berkaitan akan diproses oleh pihak jabatan tersebut dengan secepat mungkin sebelum bantuan disalurkan.

Langkah tersebut juga bagi menjamin kelestarian sumber dan stok ikan terus stabil, sekali gus akan memastikan isu keselamatan bekalan makanan negara terpelihara daripada terputus.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI