fbpx

97.1 peratus rakyat mahu ‘one-off’ i-Citra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azril Rizal (dua dari kanan) ketika membentangkan Dapatan Kaji Selidik Awam Mengenai Pengeluaran KWSP’ di Menara Dato’ Onn di sini tadi.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 97.1 peratus rakyat mahu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melaksanakan semula pembayaran secara ‘one-off’ i-Citra bagi meringankan beban kehidupan mereka ketika ini.

Peratusan itu diperoleh berdasarkan dapatan kajian dibuat Pergerakan Pemuda UMNO pada 11 hingga 12 Januari lalu menggunakan kaedah bancian secara maya.

Menurut Exco Pemuda UMNO, Mohd. Azril Rizal Mohd. Sarit, menerusi bancian tersebut, sebanyak 21,524 rakyat atau 97 peratus berpendapat mereka amat memerlukan pengeluaran KWSP buat masa ini.

Bagaimanapun, katanya, hanya 639 orang sahaja merasakan mereka tidak memerlukan pengeluaran secara one-off itu.

“Kumpulan individu tertinggi mahukan pengeluaran itu melibatkan umur antara 34 hingga 44 tahun dengan jumlah sebanyak 10,698, manakala seramai 5,455 (25 hingga 34 tahun) dan 5,150 (45 hingga 54 tahun).

“Selain itu, sebanyak 21,458 individu turut berpendapat bahawa kerajaan perlu meluluskan i-Citra kali ini,” katanya pada sidang akhbar khas berkenaan ‘Dapatan Kaji Selidik Awam Mengenai Pengeluaran KWSP’ di Menara Dato’ Onn di sini tadi.

Menurutnya, faktor seperti mahu membaiki rumah akibat banjir, bebanan hutang, modal runcit dan tabungan kecemasan menjadi antara alasan untuk pengeluaran tersebut.

“Kita akan berikan dapatan kajian itu kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki untuk diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Dapatan kajian itu juga akan dibentangkan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi selain berkemungkinan dibawa pada Perhimpunan Agung UMNO Mac depan,” jelasnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri menjelaskan pengeluaran tersebut tidak akan berlaku berikutan mengambil kira beberapa faktor termasuk masa depan kewangan pencarum kelak. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI