fbpx

Trend masukkan kiub pati ayam dalam dubur berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amalan memasukkan kiub pati ayam ke dalam lubang dubur dipercayai dapat menjadikan punggung seseorang kelihatan lebih montok dan besar. - Twitter

ABUJA, NIGERIA – Satu trend memasukkan kiub pati ayam ke dalam dubur yang popular di negara-negara Afrika mengejutkan ramai netizen di seluruh dunia dengan rata-rata berpendapat amalan tersebut membahayakan kesihatan, lapor portal World Of Buzz hari ini.

Berdasarkan beberapa laporan sebelum ini, trend tersebut dilakukan selama beberapa tahun oleh wanita di beberapa negara Afrika seperti Congo dan Nigeria.

Ia didakwa dapat menjadikan punggung seseorang kelihatan lebih montok dan besar.

Berdasarkan ciapan di Twitter yang kini menjadi tular, seorang doktor dari Nigeria menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan amalan tersebut kerana ia amat berbahaya.

Menerusi akaun @firstdoctorr, doktor tersebut berkata, terdapat ramai individu yang mencampurkan kiub pati ayam dengan air bagi membentuk enema dan kemudiannya menyuntik larutan tersebut ke dalam lubang dubur.

“Kebanyakan kiub stok ayam  mengandungi garam, gula, lada, bunga cengkih, bawang merah, kanji jagung, lesitin soya, pengawet, pewarna, minyak kelapa sawit, disodium isonate dan perisa tambahan.

“Jadi, ia merupakan sesuatu yang karut. Berhenti menipu diri sendiri,” katanya.

Tambah doktor tersebut, kandungan garam yang tinggi dalam kiub stok tersebut akan menyebabkan berlakunya rekahan pada lapisan bahagian dalam lubang dubur.

“Apabila banyak kuman masuk menerusi rekahan tersebut, ia akan meresap ke dalam aliran darah, lantas mengakibatkan jangkitan,” jelasnya.

Hantaran itu menjadi tular dengan ramai netizen dari seluruh dunia termasuk Malaysia meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui mengenai trend tersebut.

“Siapa yang meletakkan pati ayam ke dalam lubang dubur mereka?” komen seorang netizen.

“Perisa apa agaknya mereka pilih? Kalau saya, pasti tomyam,” kata seorang lagi pengguna secara berseloroh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI