TAIPING – Polis menahan tiga lelaki dipercayai terbabit dalam satu pergaduhan di Kuala Sepetang baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kesemuanya berusia dalam lingkungan 16 hingga 19 tahun itu ditahan di Kuala Sepetang pada pukul 9.45 malam tadi.
“Ketiga-tiganya telah ditahan reman selama tiga hari ekoran video pergaduhan berdurasi dua minit di kawasan Kuala Sepetang.
“Video berkenaan yang tular menyebabkan polis membuat siasatan sehingga membawa kepada penahanan pemuda-pemuda berkenaan untuk siasatan,” ujarnya dalam satu kenyataannya hari ini.
Jelasnya, kes disiasat dibawah Seksyen 324 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – K! ONLINE