fbpx

Tahniah, kalian semua ahli syurga – Caprice

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE yang kini muncul dengan lagu baharu berjudul Ayah sempat memerli golongan pembencinya sebagai ahli syurga kerana tidak habis-habis mengecam sebarang usahanya selama ini.

PETALING JAYA – Penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan, Caprice menempelak sikap segelintir pihak yang tidak habis-habis mempertikaikan pendekatan perjuangan jihadnya selama ini.

Caprice atau sekarang ini mahu dikenali sebagai Daddycap percaya, setiap orang tidak perlu menunggu sehingga menjadi insan yang sempurna jika hendak melakukan sebarang kebaikan.

“Saya tak faham kenapa ramai tak habis-habis petik (perli)  ‘jihad’ saya baru-baru ini. Tapi daripada lagu Chikaro, Xde Hal Bro, dan BAL, okey saja saya berkarya dan pada masa sama tetap meneruskan usaha jihad dalam pendidikan saya.

“Tak kan nak tunggu jadi sempurna baru nak cuba buat benda baik,” tulisnya dalam Instagram.

Pemilik nama Ariz Ramli itu bercakap tentang skeptikal segelintir masyarakat terhadapnya seiring pelancaran single baharu berjudul Ayah, malam tadi.

Dia yang kini mahu dikenali sebagai Daddycap menghasilkan naskah berkenaan secara kolaborasi bersama Zynakal, SonnaOne serta Tuju dan Loca B.

Katanya, biarpun gemar berkarya menerusi muzik hip-hop, dia tidak pernah meninggalkan misi perjuangan yang telah dimulakan sebelum ini. Dia juga akan terus berkarya dengan muzik dan bidang seni sebagaimana menjadi kecintaan sejak bertahun lalu.

Caprice yang menetapkan matlamat menjayakan misi Road to Al Aqsa 2030 turut menjelaskan, ketika masyarakat terus memandang serong, dia juga akan terus membangunkan aplikasi untuk kegunaan masyarakat seperti yang sudah dimulakan.

“Selama lima tahun ini, alhamdulillah, kita dapat bina aplikasi seperti mengaji.com, Umrahloka, and IslamPro untuk komuniti kita. 

“Cuma satu sumbangan kecil saya untuk membantu lebih ramai orang ‘jahat’ macam saya ini. Yang tak habis-habis perli jihad kita, saya tak akan pernah berhenti dalam urusan jihad dalam pendidikan yang telah dilakukan memandangkan, saya bukan buat itu demi manusia.

“Tetapi, saya juga terus berkarya dalam muzik dan filem untuk selama mana yang saya inginkan,” kata penyanyi yang pernah mencipta nama menerusi lagu Lenglui  dan Dem Girls itu.

Menerusi hantaran sama, Caprice secara sinis mengucapkan tahniah kepada ‘ahli syurga’ atau individu yang suka mengecam setiap perkara bermanfaat yang direalisasikannya.

“Anda semua yang ahli syurga, saya nak ucap tahniah sebab awal-awal dah boleh bau syurga. Insya-Allah, suatu hari nanti, sumbangan kecil saya ini akan dipertimbangkan di akhirat kelak,” katanya yang merupakan pengasas aplikasi Classruum yang berkonsepkan pendidikan, bawah syarikat Caprice Technologies.

Nama Caprice mula menjadi sasaran kecaman ramai selepas tercetusnya isu berhubung misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin melibatkan penceramah popular, Ustaz Ebit  Lew. Kontroversi Caprice dan Ebit berlarutan sehingga menjadi kes polis yang sehingga kini masih belum ada hitam putih. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI