fbpx

Suspek cederakan rakan sebab hutang diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asisten Komisioner Nanda Maarof.

SEREMBAN – Seorang lelaki yang mencederakan rakannya dengan senjata tajam angkara hutang ditahan polis di sebuah rumah di Taman Dusun Setia di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, suspek berusia 28 tahun itu ditahan pada pukul 1.45 petang semalam iaitu sehari selepas kejadian.

“Suspek mengaku terlibat dalam kes yang disiasat dan mendakwa telah menikam  mangsa.

“Punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati kerana mangsa yang menuntut hutang sebanyak RM380 walaupun hutang sebenar adalah sebanyak RM180,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nanda berkata, suspek telah meminta tempoh masa untuk menjelaskan hutang tersebut sehingga hari Sabtu tetapi mangsa mendesak dan berlaku pertengkaran di antara mereka. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI