fbpx

Sindiket judi sewa pejabat pusat beli-belah digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Markas judi online di sebuah pusat beli-belah yang diserbu polis, semalam.

KLANG – Taktik satu sindiket menyewa pejabat sebuah pusat beli belah di sini, sebagai pusat panggilan perjudian dalam talian sejak tiga bulan lalu terbongkar apabila digempur polis semalam.

Sindiket judi online didalangi warga tempatan itu diserbu kira-kira pukul 3.30 petang Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) dan Operasi Khas (D8) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.

Pegawai D7 negeri, Asisten Superintendan Zulaimi Zuber berkata,modus operandi sindiket adalah menyewa dua premis di tingkat lima dan tujuh bangunan itu dengan dilengkapi televisyen litar tertutup (CCTV) dengan lif pejabat itu hanya boleh dinaiki individu yang mempunyai kad akses khas.

Katanya, siasatan awal sindiket itu diketuai lelaki tempatan bernama ‘Chong’ yang menawarkan gaji operator judi sehingga RM3,000 sebulan.

“Sindiket turut menggunakan laman web ‘IN 777’ untuk menganjur, mengurus dan mempromosikan judi atas talian seperti Kissme, Mega888 dan Pussy888.

“Semua transaksi dibuat secara atas talian dan beberapa akaun disyaki akaun keldai digunakan sindiket yang menyasarkan pelanggan tempatan itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI