fbpx

Saya setia, isteri profesional – Lan Solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAN SOLO berharap momen romantis dalam video muzik 5 Kaki 4 Inci tidak menimbulkan sebarang isu, memandangkan semuanya dilakukan bawah pengetahuan isterinya.

PETALING JAYA – Penyanyi Lan Solo menjelaskan babak berpegangan tangan dengan model wanita dalam video muzik single baharunya, 5 Kaki 4 Inci tidak seharusnya menjadi isu memandangkan isterinya, Sheila Hassim memahami tuntutan kerja seorang suami.

Kata bekas vokalis Kristal itu, Sheila sedia maklum mengenai aksi romantis tersebut memandangkan dia juga turut berada di lokasi sewaktu penggambaran dilakukan di Kundasang, Sabah.

“Saya seorang lelaki yang setia. Bagi saya itu ialah tuntutan kerja dan dia (isteri) sangat profesional malah kami pun sudah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah.

“Sheila juga sudah faham dengan selok-belok industri seni dan tiada isu pun di situ sebab dia memahami kerja saya,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran video muzik 5 Kaki 4 Inci di Red Box, The Garden semalam.

Bekas peserta Gegar Vaganza musim keempat itu juga tidak menafikan muncul perasaan risau berhubung pandangan pihak luar ketika melakonkan aksi tersebut.

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Mohd Razlan Mohamed Yusof, 37 itu bersyukur kerana lagu yang terperap selama setahun akhirnya dapat diperdengarkan kepada umum. Istimewanya lagu tersebuu turut mengandungi hampir 20 peratus lirik dalam bahasa Dusun.

“Saya tidak risau mengenai babak tersebut tetapi bimbang dengan tanggapan orang luar yang menontonnya kerana akan disalah anggap.

“Apapun alhamdulillah semua perancangan untuk lagu ini berjalan dengan baik dan video muzik ini juga telah dilancarkan secara rasmi selepas hampir setahun dalam simpanan,” katanya lagi.

Dalam video muzik tersebut, Ratu Cantik Kota Kinabalu 2019, Kerinah Mah berperanan sebagai wanita yang menjadi pasangan kepada Lan.

Sebagai info, 5 Kaki 4 Inci merupakan lagu hasil ciptaan Marsha Milan dan Velvet Aduk Lawrence. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI