fbpx

Salah dikecam pamer prestasi buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (kanan) gagal beraksi cemerlang membantu Mesir apabila tewas 0-1 kepada Nigeria pada aksi pertama AFCON awal pagi semalam. – AFP

GAROUA, Cameroon – Bintang Liverpool, Mohamed Salah dikritik hebat ekoran prestasi hambar yang dipamerkan bersama Mesir dalam kekalahan 0-1 kepada Nigeria pada aksi Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) di Stadium Roumde Adjia awal pagi semalam.

Biarpun Mesir memegang penguasaan permainan tetapi Nigeria lebih berbahaya sepanjang perlawanan dengan melakukan 15 percubaan berbanding empat yang dimiliki Salah dan rakan-rakan sepasukannya.

Lebih malang, Salah yang begitu hebat bersama Liverpool musim ini, gagal mengulangi kecemerlangan itu bersama The Pharaohs apabila sekadar menyentuh bola sebanyak 35 kali sepanjang 90 minit permainan tersebut.

Sebaliknya, penyerang Leicester City, Kelechi Iheanacho lebih mencuri tumpuan dalam aksi itu apabila muncul wira Nigeria de­ngan gol tunggal perlawanan pada minit ke-30.

Jurulatih sementara Nigeria, Augustine Eguavoen ternyata gembira dengan persembahan anak-anak buahnya kerana berjaya menyekat Salah sekali gus memastikan Mesir ketandusan idea untuk mencipta peluang menjaringkan gol.

“Tiga perkara sahaja saya beri­tahu para pemain iaitu memenangi perlawanan, cuba meme­gang penguasaan permainan dan menghalang setiap hantaran bola kepada Salah.

“Pemain berjaya menjalankan tugas dengan sangat baik. Anda sendiri dapat melihat apa yang berlaku dalam perlawanan ini.

“Kami anggap setiap perlawanan seperti aksi final. Kami sama sekali tidak boleh memandang rendah kepada mana-mana pa­sukan kerana tiada pasukan yang lemah di sini,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan The Super Eagles berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran mereka mara ke pentas final edisi kali ini selepas terdahulu sekadar menamatkan kempen AFCON di tempat ketiga pada 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI