fbpx

Rossi ‘diracun’ sertai Rali Dakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETRUCCI teruja untuk mengajak Rossi sama-sama menyertai perlumbaan lasak Rali Dakar pada tahun depan. – AFP

JEDDAH – Bekas pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Danilo Petrucci ingin ‘meracun’ Valentino Rossi untuk turut serta bersamanya menyertai perlumbaan paling lasak di dunia iaitu Rali Dakar pada tahun depan.

Petrucci yang kali pertama menyertai perlumbaan tersebut bersama Tech3 KTM me­lakukan kejutan apabila menjuarai perlumbaan peringkat kelima selepas Toby Price dikenakan penalti.

Selepas memenangi perlumbaan itu, Petrucci mengakui Rossi telah menghubunginya untuk mengetahui keadaan di sana sebelum menjemput Rossi ke Rali Dakar pada musim akan datang.

“Saya berbual dengan Rossi baru-baru ini dan saya katakan ingin beraksi di Rali Dakar bersamanya dalam kategori empat roda. Saya akan jadi juru arah buatnya.

“Saya mahu bersaing dalam kategori yang kita mampu naik podium. Tetapi saya tidak pasti sama ada mampu menjadi juruarah terbaik.

“Apa pun, saya sangat menikmati perlumbaan di sini dan ternyata ia adalah pengalaman baharu buat saya menempuh satu saingan yang benar-benar mencabar,” kata Petrucci.

Dalam pada itu, Petrucci belum dapat memastikan pe­rancangannya selepas selesai mengharungi Rali Dakar sebelum dikaitkan bakal menyertai Ducati pada perlumbaan di MotoAmerica.

“Mengenai perancangan ke MotoAmerica, ia masih belum diputuskan lagi. Saya harap keputusan tersebut diketahui sebelum berakhirnya saingan saya di Rali Dakar,” tegas Petrucci. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI