fbpx

Pesta Ponggal tahun ini lebih meriah, ramai buat persiapan akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
B. Kavitha menunjukkan pasu Bombay yang menjadi pilihan pelanggan bagi persiapan Pesta Ponggal di Jalan Yam Tuan, Seremban hari ini.-FOTO : ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

SEREMBAN – Sempena perayaan Pesta Ponggal yang akan disambut esok, Jalan Yam Tuan di sini turut meriah dengan orang ramai khususnya masyarakat India yang membeli-belah sebagai persiapan terakhir.

Rata-rata peniaga di kawasan tersebut melahirkan rasa gembira apabila tahun ini sambutan perayaan tersebut dijangka lebih meriah.

Bagi B. Kavitha, 43, dia yang sudah hampir tujuh tahun menjual pelbagai barangan persiapan perayaan masyarakat India, memberitahu sudah mula sibuk sejak dua hari lalu.

“Tahun ini memang meriah, ramai orang datang membeli pelbagai barangan sembahyang dan tidak lupa juga pasu ponggal atau lebih dikenali pasu Bombay yang menjadi ‘barang panas’ bagi Pesta Ponggal ini.

“Bagaimanapun, harga pasu Bombay ada naik sedikit berbanding tahun lalu. Jika dahulu RM10 satu pasu namun tahun ini berharga RM14.90.

“Tahun ini sahaja sebanyak 500 pasu Bombay sudah habis dijual hanya tinggal 60 buah pasu sahaja masih ada,” katanya ketika ditemui hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI