fbpx

Pelanggan mahu berseronok dengan gadis peneman positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang individu mahu menempah gadis pengiring yang positif Covid-19 di Thailand. - Flickr

BANGKOK – Sebuah iklan yang disiarkan di laman Facebook menjadi tular di Thailand apabila pengiklannya  memaklumkan bahawa dia sedang mencari gadis peneman (escort girl) dengan syarat wanita itu perlu diuji positif Covid-19, lapor portal Thaiger News kelmarin.

Iklan tersebut secara terang-terangan memberitahu apa yang dimahukan oleh pelanggan iaitu escort girl yang positif Covid-19 dan kerja bermula pukul 10 malam.

Menurut paparan iklan itu, pelanggan itu menawarkan 3,000 (RM376) hingga 5,000 baht (RM627) dengan tambahan 600 baht (RM75) lagi untuk broker yang menguruskan pencarian escort girl itu.

“Gadis itu perlu membawa kit ujian kendiri yang menunjukkan ada dua garisan bagi mengesahkan dia positif Covid-19.

“Selain itu, dia juga perlu terbuka untuk mengambil bahan terlarang seperti dadah sepanjang waktu bekerja dan tidak menolak permintaan untuk berhubungan intim,” tulis iklan itu lagi.

Kemas kini status itu mendapat perhatian orang ramai yang beranggapan pelanggan yang dimaksudkan cuba membuat penipuan insurans kesihatan atau ia sekadar gurauan yang tidak kelakar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI