fbpx

Pekerja asing sektor perladangan masuk bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida (tiga kiri) menerima cenderamata daripada Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Jugah anak Muyang (dua kanan) pada Seminar Semakan dan Tinjauan Ekonomi Minyak Sawit 2022 di Hotel Marriott, Putrajaya hari ini. FOTO : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan yakin kemasukan ribuan pekerja asing untuk sektor perladangan di seluruh negara bulan depan mampu menangani isu kekurangan bekalan produk minyak sawit.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, ia diharap akan dapat mengatasi kemerosotan bekalan komoditi itu bagi memenuhi permintaan tinggi dunia.

“Difahamkan, pada tahun lalu negara hanya mampu mengeluarkan sekitar 18 juta tan tetapi dari segi pendapatan melonjak kerana kekurangan itu mengakibatkan harga pula naik,” jelasnya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Semakan dan Tinjauan Ekonomi Minyak Sawit 2022 anjuran kementerian itu di Hotel Marriott di sini hari ini.

Ia turut mendapat kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan dengan sesi ucap tama disampaikan oleh Ketua Pengarahnya sendiri, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI