fbpx

MetMalaysia beri amaran angin kencang, laut bergelora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga 20 Januari nanti.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, kawasan yang terlibat bagi kategori ketiga dengan kelajuan angin 60 kilometer sejam (Kmsj) serta ketinggian ombak hingga 4.5meter (m) dijangka berlaku di Timur laut Condore dan Utara Reef North.

Bagi kategori kedua, amaran keadaan angin berkelajuan 50 hingga 60Kmsj dengan ketinggian ombak antara 3.5m ke 4.5m juga diramalkan akan melanda Condore, Selatan Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu sehingga 20 Januari nanti.

“Sementara itu bagi Kategori Pertama, keadaan angin berkelajuan 40 ke 50Kmsj beserta ketinggian Ombak 2.5m hinga 3.5m juga dijangka akan melanda negeri Sarawak dan beberapa bahagian di Sabah iaitu Sabah Barat dan Labuan; Sabah Timur, Tenggara Samui, Tioman, Bunguran, Reef South dan Labuan,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat yang dijangka akan melanda dua kawasan di Sabah sehingga pukul 4 petang nanti.

“Kawasan yang terlibat ialah di Pedalaman (Beaufort) dan Pantai Barat (Papar),” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI