fbpx

Tun Mahathir dibenar keluar IJN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN).

IJN dalam satu kenyataan akhbar berkata, Mahathir telah dibenarkan discaj kira-kira pukul 3.45 petang tadi.

“Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir akan meneruskan proses pemulihannya di rumah,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut IJN, Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan beliau sepanjang dimasukkan ke IJN selama tempoh seminggu lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI