fbpx

Lima individu ditahan miliki dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Seorang wanita antara lima individu ditahan kerana disyaki memiliki dadah dalam satu operasi dijalankan polis di sebuah premis dekat Saujana Impian, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, serbuan itu dijalankan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kajang pada pukul 10 malam.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun.

“Hasil saringan awal ujian air kencing terhadap kesemua suspek didapati positif dadah dan mereka juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, polis turut menemui satu bungkusan plastik disyaki dadah heroin dan sembilan bungkusan plastik syabu.

“Polis turut merampas kesemua bungkusan dadah tersebut yang dianggarkan bernilai RM7,127.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39(b) dan Seksyen 39(a)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI