PETALING JAYA – Walaupun sudah difatwakan sebagai kepercayaan karut dan haram, golongan Syiah di Malaysia nampaknya masih berani mengerjakan solat cara mereka secara terbuka.
Malaysia yang berpaksikan dengan mazhab Syafie dan beriktiqad al-Sunah Wal Jamaah, namun masih ada lagi saki baki yang berpegangkan dengan cara Syiah yang sudah terbukti salah.
Terbaharu di media sosial ketika ini, satu klip video tular menyaksikan seorang individu lelaki mengerjakan solat bersendirian di sebuah masjid dengan cara ajaran Syiah.
Lelaki tersebut dilihat menggunakan batu yang didakwa suci oleh ajaran tersebut dikenali sebagai batu karbala ketika sujud.
Walaupun secara tersembunyi dan disorok dalam tanganya, televisyen litar tertutup masjid yang tidak dipastikan lokasi itu berjaya merakan gerakan individu terbabit.
Rata-rata orang ramai juga menyatakan tentang kerisauan mereka apabila menyaksikan klip video tersebut dan berharap dijauhi dengan kepercayaan songsang itu
“Bahaya, gerakan Syiah masih lagi ada dalam kalangan kita, semoga kita dijauhi dengan ajaran-ajaran yang terpesong ini,” jelas Elly Abdullah.
“Berani betul dia, sacara terbuka pula tu. walaupun dah banyak ustaz-ustaz serta penceramah telah mendedahkan tentang acara terpesong ini, tetap juga ada pengikutnya.
“Semoga kita semua dijauhi dengan ajaran yang sudah ternyata salah ini, komunitinya masih ada lagi dalam rakyat kita. Harapnya tidak lagi berkembang, risau anak cucu kita nanti,” ujar Nazmi_Fauzi89. K! ONLINE