fbpx

Lelaki mati dalam lokap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Azri Ahmad

PETALING JAYA – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) hari ini mengesahkan kematian orang kena tuduh (OKT) dalam tahanan polis di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, kejadian berlaku pada pukul 11 pagi hari ini melibatkan seorang lelaki berusia 63 tahun.

“Lelaki itu adalah tahanan tumpang dari Penjara Taiping dituduh 18 April lalu di bawah Seksyen 379 (a) dan 324 Kanun Keseksaan.

“OKT ditempatkan di lokap IPD Taiping sementara menanti sebutan seterusnya esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) akan menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI