fbpx

Kolaborasi UiTM, Nattest jayakan siasatan kerja kejuruteraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roziah (dua dari kiri) bertukar MOU dengan Boon Piew hari ini.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui Institut Kejuruteraan Infrastruktur Dan Pengurusan Mampan (IIESM) dan Nattest Lab Sdn.Bhd.(NLSB) kolaborasi dalam menjayakan aktiviti perundingan melibatkan siasatan-siasatan kerja kejuruteraan.

Menurut Naib Canselor UiTM, Prof. Ts. Roziah Mohd. Janor, rundingan kerja-kerja kejuruteraan antara kedua pihak tersebut akan meningkatkan kualiti penyelidik dan kompetensi staf teknikal di IIESM selain memberi manfaat dari segi pengetahuan kepada para pelajar amnya.

“Di samping itu, melalui kerjasama ini kerja-kerja pemeriksaan infrastruktur seperti pemeriksaan jambatan di Segamat, pemeriksaan di Menara Oxley, Kuala Lumpur dan pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah berjaya dilaksanakan.

“UiTM akan terus memberi sokongan dan galakan kepada warga pendidik dan penyelidik dalam membudayakan penyelidikan serta perkongsian kepakaran dengan pihak industri bagi meningkatkan prestasi universiti dan industri ke peringkat global,”katanya ketika berucap pada majlis pertukaran memorandum persefahaman (MOU) antara IIESM UiTM dan NLSB di Bangunan Canseleri hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI