SEDANG popular menerusi naskhah Snowdrop, aktres Kim Hye-yoon dengan rendah hati mengakui selalu berasa rendah diri apabila bercakap tentang kualiti kerja lakonan.
“Perjalanan saya masih jauh. Saya rasa tanggungjawab saya juga semakin kuat. Saya sentiasa berjaga-jaga supaya saya tidak hilang dan lari daripada tujuan awal saya.
“Saya akan bekerja lebih keras pada masa hadapan supaya saya tidak mengecewakan orang ramai.
“Sejujurnya, bercakap mengenai lakonan, keyakinan saya sangat rendah. Saya cenderung menjadi seorang yang sempurna, saya tidak pernah gembira dengan lakonan saya sendiri hingga ke hari ini,” katanya.
Bercakap tentang pengalamannya bekerja dengan Taec-yeon daripada anggota 2PM, Hye-yoon menyifatkan jejaka tersebut benar-benar menyeronokkan dan mereka berdua tidak pernah berhenti ketawa sepanjang penggambaran drama Snowdrop yang kini sedang menemui penonton.