fbpx

Kian Meng-Pei Jing eggan dabik dada pada Terbuka India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIAN MENG dan pasangannya, Pei Jing tidak meletakkan sebarang sasaran spesifik pada Terbuka India di New Delhi.

SELEPAS memastikan tempat ke pusingan kedua pada kejohanan badminton Terbuka India di New Delhi, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing enggan berasa terlalu selesa.

Sebaliknya, pilihan utama kejohanan itu mahu memberikan perhatian terhadap satu demi satu perlawanan bagi membo­lehkan mereka fokus sepenuh­nya terhadap aksi di atas ge­langgang.

Kian Meng menjelaskan, mereka juga tidak meletakkan sebarang sasaran spesifik pada kejohanan kali ini, sebaliknya akan melakukan yang terbaik bagi memastikan mereka mara sejauh mungkin.

Pada pusingan pertama yang berlangsung kelmarin, Kian Meng-Pei Jing mudah mengenepikan cabaran wakil tuan rumah, Pratik Ranade-Kanika Kanwal dengan keputusan straight set 21-10, 21-11.

“Sebenarnya kami tidak letakkan sasaran yang terlalu tinggi pada Terbuka India kali ini kerana baru sahaja menamatkan aksi pada kejohanan di Eropah. Oleh itu, kami akan cuba untuk melangkah jauh.

“Sebelum ini pun kami kurang berlatih kerana meluangkan lebih banyak masa untuk rehat dan bersama keluarga. Mungkin perlukan sedikit masa untuk kembali sesuaikan diri dengan suasana perlawanan,” katanya.

Menjelang pusingan kedua yang dijadualkan berlangsung hari ini, Kian Meng-Pei Jing yang berada pada ranking ke-10 dunia itu sekali lagi akan bertemu beregu India, Siddarth Jakhar-Megha Morchana Bora.

“Kami akan beri apa sahaja yang kami ada pada pusingan kedua nanti. Kejohanan ini juga sebenarnya adalah sebagai persediaan untuk kami beraksi pada saingan Seluruh England (All England) nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI