fbpx

Jual sembilan walkie-talkie, lelaki didenda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hok Siong (berbaju biru) diperintahkan membayar denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini.

MELAKA – Gara-gara menjual sembilan buah walkie-talkie, seorang peniaga diperintahkan membayar denda RM10,000 selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Nariman Badruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Seng Hok Siong, 43, yang membuat pengakuan itu sebaik sahaja dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah menjual kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui oleh Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 iaitu sembilan buah walkie-talkie jenama Baofeng pelbagai model.

Tindakan itu dilakukan tertuduh pada 4 Julai 2020 dan 5 Mei 2021 di Plaza Melaka Sentral dalam daerah Melaka Tengah.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Peraturan 16(1)(b) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 dibaca bersama Peraturan 16(3) Peraturan-peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 Peraturan-peraturan sama.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI