fbpx

Honda Civic generasi ke-11 dilancarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MADOKA Chujo (kanan) bersama Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum ketika melancarkan Civic generasi ke-11 di MITEC, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO : AFIFI HAFIZ MOHD NOR

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia telah melancarkan model Civic Generasi ke-11 dengan gaya dan reka bentuk baharu hari ini.

Sebanyak tiga varian ditawarkan seperti E, V dan RS pada harga bermula RM125,634.64.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo, pasukan R&D mereka telah memberikan segala usaha dan idea dalam reka bentuk bahagian luaran, dalaman dan pakej keseluruhan kereta sedan segmen C itu.

Katanya, Civic baharu itu adalah terjemahan unsur-unsur klasik disamping menitikberatkan nilai-nilai Honda yang berterusan.

“Konsep reka bentuk baharu ini memberikan Identiti Alaf Baharu untuk sebuah sedan yang dilengkapi dengan ciri-ciri dan teknologi terkini dan masih mengekalkan DNA model Civic dari segi reka bentuk, pengendalian dan prestasi berkuasa.

“Model baharu ini direka dengan sepenuh jiwa, diinspirasikan dari sebuah Legasi dan dibina untuk masa hadapan,” katanya ketika pelancaran di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC), di sini hari ini.

Tambahnya, Honda Malaysia juga buat pertama kalinya memperkenalkan varian RS untuk barisan model Civic dengan meningkatkan ciri-ciri sporty dan gaya berani untuk Civic. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI