fbpx

Homevest tembusi pasaran sekuriti Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOMEVEST berbangga kerana berjaya disenaraikan dalam platform 1Exchange (1X), sebuah pasaran sekuriti swasta pertama di Singapura semalam.

PETALING JAYA – Homevest Sdn Bhd (HOMEVEST) berjaya disenaraikan dalam platform 1Exchange (1X), sebuah pasaran sekuriti swasta pertama di Singapura.

Platform berkenaan di kawal selia oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan proses penyenaraian berlangsung semalam di sebuah lokasi di ibu kota.

Status yang baru diperolehi di 1Exchange ini akan mengukuhkan lagi kedudukan syarikat itu dalam pembangunan hartanah dan pemerolehan projek.

Berpusat di hab kewangan global Singapura, 1X ialah bursa sekuriti swasta terkawal pertama dengan lesen Pengendali Pasaran Diiktiraf yang dikeluarkan oleh Penguasa Kewangan Singapura.

1X ialah sebahagian daripada CapBridge Financial, disokong oleh Singapore Exchange (SGX), SGInnovate, Hong Kong Cyberport dan Hanwha Investment yang berpusat di Korea Selatan, antara pemegang saham strategik atau institusi yang lain.

Selain itu, ia membolehkan HOMEVEST mempelbagaikan pangkalan pelaburnya dengan berkembang kepada komuniti yang lebih luas secara global dan digital.

Pengarah Urusan Kumpulan HOMEVEST, Datuk KY Lim melihat penyenaraian itu sebagai rahmat indah pembuka tahun 2022.

“Penyenaraian di 1Exchange semalam menandakan satu peristiwa yang bersejarah untuk syarikat kami. Ia membawa kami selangkah lebih dekat ke arah mencapai visi kami dalam membentuk komuniti ‘smart living’ dan mampan dengan hubungan yang erat.

“Kami berbesar hati atas penyenaraian itu. Lebih utama 1exchange menjadi pasaran sekuriti swasta yang pertama dikawal selia oleh MAS di Singapura dalam ekosistem pasaran swasta, Capbridge Financial,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif HOMEVEST, Datuk Marcus Low cukup optimis dengan penyenaraian berkenaan.

“Saya mempercayai masih terdapat potensi besar dalam pasaran hartanah Malaysia, dengan purata harga hartanah Malaysia adalah paling rendah jika dibandingkan dengan di Cina, Australia, Singapura dan negara Asia Tenggara yang lain.

“Sejauh mana kami terus menawarkan penyelesaian harga mampu milik kepada pelanggan, kami tetap komited untuk melabur semula keuntungan demi pertumbuhan yang mampan dan menjana pulangan untuk pemegang saham,” katanya.

Bagi Ketua PegawaI Eksekutif 1Exchange, Victor Chia, beliau amat teruja dengan kerjasama yang dijalinkan.

Turut hadir memeriahkan acara itu ialah Penasihat Korporat, Datuk Wira Haji Muhammad Faizal Zainol, ; Puar Chin Jong (Independent Non-Executive Director); Hong Boon Toh, (Independent Non-Executive Director); Johnson Chen (Ketua Pegawai Eksekutif CapBridge & Pengasas CapBridge Financial Group) dan Mohamed Nasser (Naib Presiden Kanan dan Ketua Global Pasaran Modal Ekuiti SGX).

HOMEVEST terdiri daripada tiga bahagian merangkumi HOMEVEST Capital, HOMEVEST Living dan HOMEVEST Development.

Untuk berita dan maklumat terkini, layari laman web www.homevestglobal.com. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI