fbpx

Bersatu sedia hadapi PRN, PRU-15 pada bila-bila masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah

PUTRAJAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sentiasa bersedia untuk berdepan sama ada Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) jika ia dilaksanakan dalam masa terdekat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya sentiasa mengadakan mesyuarat ssbagai persediaan ke arah itu.

“Saya sebagai Setiausaha Agung bersatu sentiasa adakan mesyuarat dan akan memastikan rakyat di negara ini tahu siapa kepimpinan terbaik bagi kepentingan negara,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab desas-desus mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bagi memberi laluan kepada PRN diadakan dalam masa terdekat.

Katanya, desas-desus ini bukan sahaja mengenai PRN di Johor sahaja sebaliknya ia turut membabitkan PRU-15 juga.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI