fbpx

Banjir: Mangsa banjir di Johor turun kepada 636

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan Southern Volunteers mengadakan gotong-royong membersihkan rumah penduduk sekitar Muar dan Segamat yang terjejas akibat banjir. FOTO: IHSAN SOUTHERN VOLUNTEERS

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus berkurangan kepada 636 mangsa di tiga buah daerah yang masih terjejas akibat banjir setakat 4 petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, angka itu melibatkan 186 keluarga yang masih ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat, Tangkak dan Muar.

Katanya, jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding 736 mangsa daripada 215 keluarga yang direkodkan pada tengah malam tadi.

“Muar yang merekodkan 381 mangsa daripada 116 keluarga, tengah malam tadi berkurangan kepada 321 mangsa daripada 99 keluarga di enam PPS setakat pukul 4 petang ini.

“Segamat yang terjejas teruk sebelum ini turut semakin pulih apabila jumlah mangsa berkurangan dari 326 mangsa daripada 91 keluarga kepada 303 mangsa daripada 84 keluarga di 10 PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vidyananthan memberitahu, Tangkak yang mencatatkan jumlah mangsa paling sedikit turut menunjukkan tanda akan pulih sepenuhnya setelah jumlah mangsa berkurangan kepada 12 mangsa daripada tiga keluarga di Sekolah Kebangsaan Durian Chondong. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI