fbpx

Baiki rumah pusaka warga emas guna bantuan pasca banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli berdiri di hadapan rumah pusaka yang semakin uzur kerana sering dilanda banjir pada musim tengkujuh.

PASIR MAS – Seorang warga emas yang hidup sebatang kara di Kampung Putat, Rantau Panjang di sini bersyukur dengan bantuan yang diterimanya da­ripada Program Rintis Pembaikan Rumah Pasca Banjir 2022 sekali gus dapat membaiki rumah pusaka milik bapanya yang sudah usang.

Zulkifli Abdul Rahman, 60, berkata, rumah yang menjadi tempat berteduhnya sejak 30 tahun lalu itu sering ditenggelami banjir setiap kali musim tengkujuh sehingga menyebabkan rumah itu reput dan berlubang.

Dia yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, sekadar sebagai buruh kampung tidak berkemampuan untuk membaiki rumah pusaka yang sudah hampir ­menyembah bumi itu.

“Saya memperoleh pendapatan RM50 sehari jika khidmat saya sebagai buruh kampung diperlukan.

“Selain rumah yang uzur, atap juga sudah lama bocor dan saya membiarkan sahaja hujan masuk ke rumah.

ROSLI

“Saya amat bersyukur de­ngan bantuan wang tunai sebanyak RM2,500 menerusi Program Rintis Pembaikan Rumah Pasca Banjir 2022.

“Selain itu, saya juga akan menerima bantuan untuk membaiki rumah sebanyak RM15,000,” katanya ketika ditemui Kosmo! kelmarin.

Terdahulu, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksa­naan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Ruji Ubi berkunjung ke rumah Zulkifli untuk menyampaikan bantuan tersebut.

Menurut Zulkifli, wang tunai itu membantunya untuk meneruskan kehidupan selepas sudah tidak mampu melakukan kerja berat ekoran penya­kit lelah.

“Sepanjang tinggal sebatang kara di rumah ini, saya tidak pernah menerima sebarang bantuan selain makanan asas daripada penghulu kawasan setakat ini.

“Program Rintis Pembaikan Rumah Pasca Banjir 2022 merupakan bantuan pertama yang saya terima sejak rumah ini ditenggelami banjir semasa musim tengkujuh setiap tahun,” katanya.

Sementara itu, Penghulu Mukim Kuin Merah, Rosli Sulaiman berkata, Zulkifli merupakan penerima bantuan yang layak selepas rumahnya rosak teruk dan penilaian telah dilakukan pihak berwajib.

“Zulkifli merupakan golongan yang terkesan setiap kali tibanya musim banjir dan perlu berpindah ke pusat pemindahan sementara apabila rumahnya ditenggelami air paras pinggang,” ujarnya.

Rosli berkata, bantuan itu dapat meringankan beban Zulkifli selain memberi sinar baharu buatnya untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik selepas ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI