fbpx

Atletico ‘tempang’ tanpa ramai tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRIEZMANN (kanan) tidak dibawa ke Arab Saudi menghadapi saingan Piala Super Sepanyol. – AFP

RIYADH – Juara bertahan La Liga, Atletico Madrid perlu menjadikan trofi Piala Super Sepanyol sebagai titik kebangkitan pa­sukan itu yang kini bergelut untuk menampilkan prestasi terbaik sepanjang musim ini.

Bagaimanapun, ia bukan tugas mudah buat Atletico kerana perlu menentang Athletic Bilbao pada aksi separuh akhir Piala Super Sepanyol yang diadakan di Stadium King Fahd di Riyadh, Arab Saudi awal pagi esok.

“Saya hanya membawa 24 pemain ke Arab Saudi untuk menghadapi Piala Super Sepanyol.

“Beberapa pemain utama se­perti penyerang, Antoine Griezmann dan tonggak pertahanan, Stefan Savic tidak dibawa kerana mengalami kecederaan.

“Namun, ia tidak bermakna kami menyerah kalah. Saya akan cuba sehabis baik untuk meraih sesuatu dalam kejohanan ini bermula aksi menentang Athletic,” kata Simeone.

Sementara itu, pemain tengah Athletic, Raul Garcia mengkritik penganjur kerana memilih Arab Saudi sebagai lokasi kejohanan Piala Super Sepanyol.

Bekas bintang skuad antarabangsa Sepanyol itu mendakwa penganjur lebih mementingkan faktor kewangan berbanding menitikberatkan aspek kecergasan pemain-pemain yang perlu menghadapi jadual padat musim ini.

“Sudah menjadi kebiasaan kejohanan ini bermain di Sepanyol dan memang ia tidak masuk akal apabila dianjurkan di Arab Saudi. Industri bola sepak sekarang sudah berubah, mereka lebih mementingkan duit dan tajaan berbanding penyokong kelab itu sendiri,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI