fbpx

5 individu tampil rakam keterangan kes hakim kanan berbogel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farouk Eshak

AMPANG – Seramai lima individu akan dipanggil polis untuk tujuan rakam kenyataan berhubung kes seorang hakim kanan yang didakwa berbaring dalam keadaan berbogel di bilik tidur seorang wanita pada Ogos 2020.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua individu itu dalam proses untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat.

“Setakat ini, kita sudah merakam keterangan tiga individu termasuk hakim kanan dan wanita yang juga pengadu bagi membantu siasatan.

“Dua individu selebihnya masih dalam proses merakam keterangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan hakim kanan itu telah membuat laporan polis balas bagi menafikan dakwaan mangsa.

Jelas Farouk, pihaknya menerima laporan itu beberapa hari selepas wanita tersebut membuat laporan polis mendakwa laporan yang dibuat adalah palsu terhadap dirinya.

Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan.

Terdahulu, akhbar melaporkan polis menyiasat seorang hakim kanan selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita berusia 57 yang juga isteri orang pada Ogos 2020.

Kejadian didakwa berlaku apabila lelaki itu memberi alasan untuk solat didalam bilik ketika melawat kediaman wanita itu bersama suaminya yang terlantar sakit.

Namun, mangsa mendakwa menemui lelaki itu berbaring dalam keadaan berbogel di atas katil sebelum meninggalkan rumah itu pada pukul 3 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI