fbpx

3 Pak belang muncul di Pos Bihai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar satu klip video yang berjaya diambil menyaksikan terdapat tiga ekor harimau belang satu di laluan di Pos Bihai, Gua Musang.

PETALING JAYA – Kebelakangan ini, kerap sekali kita dengar dan tonton mengenai berita kemunculan pak belang di kawasan penempatan ramai.

Awal minggu ini, kita telah dikejutkan tentang kisah seekor harimau belang yang menjadi penunggu kepada murid-murid sebuah sekolah di Gua Musang, Kelantan.

Harimau tersebut didapati berada di pekarangan asrama Sekolah Kebangsaan Balar di daerah tersebut.

Terbaharu, sekali lagi kisah harimau belang munculkan diri menjadi hangat diperkatakan dan kejadian terbaharu ini juga turut berlaku di Gua Musang.

Kali ini, kemunculan harimau belang berlaku di Kampung Tendrik Pos Bihai, Gua Musang apabila seorang lelaki berjaya merakam pergerakan tiga ekor binatang buas ini di kawasan semak.

Rata-rata orang ramai menyatakan kerisauan mereka terhadap keadaan tersebut yang dibimbangi bakal berlakunya kejadian yang tidak diingini kepada penduduk setempat.

“Makin risau pula tengok tiap-tiap hari ada sahaja kisah pak belang ni. Rasanya pihak berwajib kena lihat isu ni, ini bukan benda kecil.

“Harimau tidak akan kacau manusia kecuali manusia itu sendiri yang mula mengacaunya. Habitat dia makin diganggu sekarang,” jelas Ardini Zahra.

“Cukup-cukuplah membalak, habis kawasan hutan. Harimau pun dah tak ada tempat. Pihak berwajib terutamnya kerajaan negeri kena fikir benda ni.

“Kalau tak ada apa-apa yang berlaku kepada penduduk itu ok lagi, jika ada kemalangan jiwa masalah ini akan jadi makin besar,” jelas Fauzura Yusoff. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI