fbpx

Lelaki tempatan, wanita Vietnam edar dadah ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara rampasan dadah hasil tangkapan ke atas dua individu yang disyaki pengedar dadah di sekitar Johor Bahru, Johor.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki tempatan dan wanita warga Vietnam ditahan bersama dadah bernilai RM63,785 dalam operasi berasingan di bandar raya ini, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor, Superintendan R. Azizan Ibrahim berkata, suspek berusia 37 dan 31 tahun itu diberkas dalam operasi pada pukul 7 malam.

“Polis merampas dadah jenis syabu, ketamin, serbuk ekstasi, pil eramin 5, pil ekstasi dan pil yaba bernilai RM63,785.

“Selain itu, polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Lexus dan wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif methamphetamine dan amphetamine dengan suspek lelaki mempunyai rekod jenayah

Suspek menjadikan kediaman berpagar dan mempunyai pengawal keselamatan sebagai lokasi menyimpan dadah sejak tahun lalu.

Sejak  1 Januari lalu sehingga semalam, Polis Johor menahan seramai 582 orang atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah melibatkan rampasan berjumlah 92.04 kilogram bernilai RM382,180. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI