fbpx

Wanita didenda, menyorok selepas mengaku terima suapan RM320

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh yang cuba melarikan diri bagi mengelak gambarnya dirakam petugas media di Mahkamah Sesyen hari ini.

MELAKA – Hanya kerana RM320, seorang wanita bekas penjawat awam bukan sahaja terpaksa membayar denda sebanyak RM4,000, malah sanggup ‘menyorok’ hampir lima jam di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bagi mengelak dirinya dirakamkan petugas media.

Tertuduh, Fatihah Azmi, 34, diperintahkan oleh Hakim Elesabet Paya Wan untuk membayar denda tersebut selepas mengaku salah terhadap dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM320, lima tahun lalu.

Mengikut pertuduhan tersebut, tertuduh yang merupakan bekas Penolong Pegawai Perpaduan Daerah di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka (JPNIN) didapati telah menerima suapan sebanyak RM320.

Suapan itu diterimanya daripada Mohd. Yusri Jaafar yang mana tertuduh mengetahui bahawa lelaki terbabit mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi.

Tindakan itu dilakukan tertuduh pada 5 dan 6 November 2017 masing-masing di Malayan Banking Berhad di Kuala Lumpur dan Maybank Islamic Berhad di dalam daerah Melaka Tengah.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI