fbpx

United lolos ke pusingan ke-4 Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCTOMINAY (kiri) meraikan jaringan bersama rakan-rakan sepasukan untuk memastikan pasukan menempah aksi pusingan keempat menentang Middlesbrough hujung minggu ini. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ralf Rangnick mengakui puas selepas menyaksikan pasukan lolos ke pusingan keempat saingan Piala FA selepas menewaskan Aston Villa 1-0 pada aksi di Stadium Old Trafford awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, skuad The Red Devils meraih gol tunggal hasil tandukan yang dilakukan oleh Scott McTominay untuk memastikan pasukan menempah aksi pusingan keempat menentang Middlesbrough hujung minggu ini.

Kata Rangnick, semua pemain telah menunjukkan mentaliti yang baik khususnya selepas tewas memalukan kepada Wolverhampton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu de­ngan mendengar arahan taktikal yang ditetapkan.

“Sudah tentu semua orang mahu melihat bagaimana pasukan bangkit selepas keputusan mengecewakan sebelum ini. Apa yang pasukan pamerkan cukup sempurna kerana bukan mudah menewaskan pasukan berkualiti seperti Villa.

“Pemain juga memahami strategi yang saya tetapkan dengan mempamerkan corak permainan moden tanpa membiarkan Villa mendominasi perlawanan, khususnya posisi tengah yang mana mereka agak bergelut untuk mendapatkan bola,” katanya.

Sementara itu, tonggak pertahanan United, Raphael Varane percaya, pasukan sudah kembali berada di landasan sebenar dan pujian wajar diberikan kepada semua pemain khususnya di posisi pertahanan yang bekerja keras untuk elak daripada dibolosi.

“Ini adalah perlawanan yang sukar, tetapi kami berjaya mempamerkan corak permainan agresif tanpa memberi ruang buat jentera serangan lawan untuk melakukan percubaan. Secara keseluruhan, saya bangga dengan komitmen yang diberikan oleh barisan pemain,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI