IPOH – Tiada undang-undang membenarkan pembinaan di dalam gua batu kapur ekoran ia membahayakan nyawa serta berisiko dengan kejadian tanah runtuh.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bahkan sebarang pendudukan, penempatan atau aktiviti tanpa kebenaran di dalam gua batu kapur adalah suatu kesalahan di sisi undang-undang.
Menurut Saarani pembinaan rumah ibadat di dalam gua batu kapur terdedah kepada kemungkinan berlaku runtuhan ekoran struktur dalamannya telah diusik selain sensetif kepada perubahan cuaca.
“Ancaman ini bukan sahaja kepada pengusaha, tetapi juga kepada pengunjung memandangkan selain menjadi lokasi kegiatan keagamaan, kawasan terbabit juga menjadi tumpuan orang ramai untuk aktiviti rekreasi dan pelancongan
“Ini bukan soal diskriminasi mahupun soal agama, ia adalah soal keselamatan di mana kerajaan negeri bertanggungjawab ke atas itu.
“Jadi saya minta tolong jangan ada sesiapa pun mengambil kesempatan mengatakan itu tak kena kerana kita lebih utamakan keselamatan selain turut bertanggungjawab,” katanya selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Banggunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.