KOTA KINABALU – Polis Sabah merampas sebanyak 55.4 kilogram (kg) syabu bernilai RM1.9 juta hasil penahanan seorang lelaki pada 4 Januari lalu selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, suspek berusia 50 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah dalam serbuan di perkarangan sebuah syarikat penghantaran barang sekitar pukul 4.15 petang di Inanam.
“Suspek ketika ditahan memandu kereta Perodua Bezza dan didapati membawa tiga kotak berisi 33.62 kg syabu dianggarkan bernilai RM1.21 juta.
“Hasil siasatan lanjut dengan dipandu arah suspek, kita menyerbu sebuah premis di bangunan komersial Aeropod pada 9 Januari.
“Hasil pemeriksaan lanjut, kita berjaya menemui dua kotak berisi syabu seberat 21.78 kg yang dianggarkan bernilai RM784,080,” katanya a ketika sidang media di IPK Sabah, sebentar tadi. -K! ONLINE