fbpx

PFAM desak Melaka United lunas gaji pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRUL Helmi merupakan salah seorang yang mendakwa tidak menerima gaji untuk beberapa bulan pada penghujung musim lalu.

PERSATUAN Pemain-pemain Profesional Malaysia (PFAM) mendesak agar kelab pengurusan Melaka United dapat melunaskan tunggakan gaji buat skuad utama dan skuad Piala Presiden secepat mungkin.

Sebelum ini, bekas pemain pertahanan Melaka United, Khairul Helmi Johari men­dakwa, pengurusan skuad Sang Kancil gagal membayar tunggakan gaji pemain untuk beberapa bulan penghujung musim lalu.

Susulan itu, PFAM telah menghantar notis tuntutan buat pengurusan Melaka Uni­ted agar dapat membayar tunggakan gaji selewat-lewatnya pada 19 Januari ini.

“Kami di PFAM ingin menyatakan solidariti kepada para pemain skuad utama dan juga pemain skuad Piala Presiden Melaka United telah pun menghantar notis kepada pengurusan pasukan itu.

“Bagi makluman, tunggakan gaji skuad utama adalah seba­nyak tiga bulan dan tunggakan bagi skuad Piala Presiden adalah sebanyak 2 bulan setengah dan berharap ia dapat dilunaskan sebelum 19 Januari.

“PFAM ingin mengingatkan agar pasukan mengambil serius berkenaan isu pembayaran gaji memandangkan ini bukan merupakan kali pertama membabitkan pasukan terbabit.

“Para pemain telah pun memberikan kerjasama dan memahami kekangan pasukan dengan memberikan tempoh yang sewajarnya. Semoga isu ini dapat diselesaikan dalam kadar yang segera,” kata ke­nyataan yang dikeluarkan PFAM semalam.

Masalah tunggakan gaji bukanlah isu yang baharu dalam saingan Liga M apabila bebe­rapa pasukan seperti Sarawak United, Perak FC, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) turut me­ngalami situasi sama musim lepas tetapi dapat diselesaikan tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI